Thursday, September 29, 2011

di saat aku menCINTAi mu...

entry jiwang the karat hokkey.. sila sedia kan makanan kerana anda akan lapa biler mbaca entry ini.. hahaha.. kuikuikui..kuikuikuikui


cinta... kasih... sayang...
antara bait2 yang menjadi santapan jiwa setiap manusia..
tp bg aku.. tlalu mdalam makna bait2 itu..

"cinta"
sesungguhnya kepada Mu ya ALLAH, CINTA yang amat kudamba..
Kau lah CINTA TERAGUNG di dalam hayat ku..
tiada lagi CINTA TERAGUNG selain cinta dariMu ya ALLAH
di saat aku mulai melupakan diriMU, KAU tetap di sisiku, sentiasa
di saat aku mulai menjauhkan diriku, KAU tetap setia pamerkan cintaMU
dan dikala hati menangis, rawan dgn kehidupan ini, KAU HADIR memghulurkan CINTAMU sentiasa
dalam apa jua keadaan.. dalam apa jua perasaan... dan dalam apa jua kesalahan yang telah aku lakukan..
KAU masih menCINTAI aku dgn seadanya.. 
kerana KAU CINTA TERAGUNGku.. 


"kasih"
kasih yang pertama aku belajar di dalam hayatku.. 
adalah kasih kepada IBU AYAH ku sendiri..
tanpa KASIH sesama mereka, akan hadirkan aku di kala ini... 
kerana KASIH mereka  jua lah, maka aku kenal erti kasih adik beradik aku yang lain...
meski pn kami berbeda zahir dan batin, tp kerana KASIH ini lah yang telah menyatukan KAMI..
kerana perbedaan inilah kami terus SEMPURNA
kerana kami dilahirkan dari batin ibu dah ayah yang SATU...
dan sesungguhnya KAMI adalah KASIH yang SATU.. selamanya... (bangga siot.. haha)

buat En. Abdullah & Pn. Asmah,
"...Maafkan aku xkan bisa menjadi lebih dari apa yang terdaya, namun ku tetap berjanji akan masih mencuba utk memujuk hati mu mengKASIHi aku kerna semua yang ada hanyalah utk mu.. "


suamiku...
kehadiran dirimu, adalah pelengkap kehidupanku di dunia ini...
perbedaan kita walaupun kadangkala..menyakitkan..menyeksakan
namun itu la pelengkapkan ketidaksempurnaan diri ku ini...
dan kerana perbedaan ini lah yang telah membawa kita ke tahap yang lebih baik dari sebelumnya...
sebagaimana dirimu dan diriku dilahirkan atas KASIH itu
begitu jua la zuriat kita lahir kerana KASIH itu jua..
maka jangan pernah kau dan aku berhenti untuk berKASIH, kerana telah ditakdirkan  
KASIH TERCIPTA antara kita... (DANIA AMANI yg good girl itu.. hehe)

buat En. Muhammad Razif & Dania Amani,
"...aku ingin kau selalu hadir & temani aku di setiap langkah yang menyakini ku, kau tercipta utk ku SEPANJANG HIDUPKU.. meski waktu akan memanggil seluruh ragaku kelak, ku ingin kau tahu ku selalu milikmu..."


"sayang"
 '....sebagai manusia, aku sayang padamu...' mungkin ini paling tepat utk aku katakan kepada kamu
wahai Sahabatku...
sepanjang kedewasaan kita, terlalu banyak suka dan duka telah kita lalui...
jatuh bangun bersama, kerana kau sandaran aku..
kerana kau jua lah, yang menjadikan aku MELOMPAT LEBIH TINGGI
dari apa yang mampu ku bayangkan...
kerana perasaan sayang itu, maka telah ku angkat
kisah hidup mu menjadi kisah hidup ku, selamanya...
meskipun di suatu masa nanti, kau dan aku akan terpisah
di persimpangan hidup ini,
aku mahu kau tahu bahawa aku sgt SAYANG padamu..
tidak pernah SAYANG itu akan pudar dr hati dan mindaku ini...
meski pun, kita tidak lagi seiring dan sejalan
namun aku AMAT PASTI kita akan kekal SEBAHU 
selamanya... 

Buat semua SAHABATku.. 
Maafkan aku jika aku tidak sempurna, telah aku lakarkan cerita kita sebagai sebuah kisah klasik utk masa depan.. sebagaimana yang telah tertulis.. dermaga kita kini pasti berubah sahabatku, namun penghujung nya tetap sama... percayalah...